Majlis Penutupan Persidangan Juruaudit ASEAN 2025
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Persidangan Juruaudit ASEAN 2025 melabuhkan tirainya dengan kehadiran seramai 2,260 peserta dari SAI negara ASEAN dan Asia. Majis Penutupan Persidangan telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia pada 28 Mei 2025 (Rabu) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Ucapan penutup oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia menegaskan komitmen negara terhadap tatakelola baik dan integriti institusi awam.
Ketua Audit Negara, YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, menekankan kepentingan transformasi digital dalam audit melalui pelaksanaan audit masa nyata dan analitik data, seiring usaha Malaysia menerajui pendigitalan pengauditan.
Antara sorotan utama persidangan:
i. Ucapan daripada Setiausaha Agung ASEAN, H.E. Dr. Kao Kim Hourn yang menekankan tadbir urus kukuh, transformasi digital dan peranan juruaudit dalam AI, ESG dan akauntabiliti sektor awam;
ii. Perkongsian inisiatif seperti AGD Malaysia, SIPTL Indonesia, dan pemantauan cadangan audit oleh SAI Filipina berkenaan Audit susulan; dan
iii. Transformasi audit digital yang memberi fokus kepada data, AI, automasi, peranan baharu audit dalaman, tadbir urus cukai dan pembangunan kapasiti insan.
JAN menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian YAB Perdana Menteri untuk hadir ke majis penutup ini. Komitmen tinggi YAB Perdana Menteri mengenai tatakelola dan integriti menjadi contoh kepada warga JAN dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.
Persidangan ini turut mendapat kerjasama padu daripada MIA, ACCA, MICPA, IIAM serta firma audit utama seperti Deloitte, EY, KPMG dan PwC.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |