faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022

WhatsApp Image 2025 05 23 at 21.11.56 WhatsApp Image 2025 05 23 at 21.11.57 WhatsApp Image 2025 05 23 at 21.11.57 3 WhatsApp Image 2025 05 23 at 21.11.58 WhatsApp Image 2025 05 23 at 21.11.58 2 WhatsApp Image 2025 05 23 at 21.11.59

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022 pada 23 Mei 2025 di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara, Putrajaya.

Mesyuarat dihadiri oleh YBhg. Dato’ TPr. Dr. Juhari Ahmad, Pengarah Eksekutif LPHS; YBhg. Datuk Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); Pn. Norliza Md. Nuruddin@Nordin, Pengarah Bahagian Audit Kewangan 1 dan Dr. Yati Md. Lasa, Timbalan Pengarah Audit Negeri Selangor.

Turut hadir bersama wakil daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor.

Usai Mesyuarat Penutup, Dato’ Seri Ketua Audit Negara telah menyempurnakan sesi penandatanganan dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara untuk Penyata Kewangan LPHS bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 kepada Pengarah Eksekutif LPHS.

 

  • Modified on: 23 May 2025
  • Print
  • 44