Majlis Perjumpaan Ketua Audit Negara Bersama Warga Jabatan Audit Negara (JAN) Bagi Bulan Mei 2025
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Majlis Perjumpaan Ketua Audit Negara Bersama Warga Jabatan Audit Negara (JAN) bagi bulan Mei 2025 telah diadakan pada 15 Mei 2025 (Khamis) di Ibu Pejabat JAN, Putrajaya. Seramai 350 orang warga JAN hadir secara fizikal, manakala 936 orang lagi menyertai majlis ini secara dalam talian. Tema majlis kali ini diilhamkan daripada tema Hari Pekerja Kebangsaan, iaitu “Pekerja Kesuma Bangsa: Audit Pemangkin Integriti Negara.”
Dalam ucaptama beliau, YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara, telah menekankan kepentingan semangat kerja berpasukan berintegriti, serta peningkatan ilmu dan kemahiran dalam usaha menambah baik pencapaian JAN, memperkukuh reputasi serta kredibiliti JAN di peringkat nasional dan antarabangsa. Beliau turut menyeru agar seluruh warga JAN memberikan sokongan dan kerjasama padu dalam pelaksanaan program-program yang telah dirancang bagi tahun 2025.
Ketua Audit Negara juga telah menyampaikan sijil penghargaan kepada pegawai-pegawai JAN seperti berikut:
- Sijil Pengiktirafan Ahli Certified Public Accountant (CPA) MICPA
- Sijil Pengiktirafan Jurutera Profesional
- Sijl Pengiktirafan Pegawai Integriti Bertauliah atau Certified Integrity Officer (CEIO)
- Sijil Penghargaan Sidang Redaksi e-Buletin MASJAN
Turut hadir YBhg. Datuk Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit (Kewangan), YBhg. Datuk Nor Salwani binti Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi) dan YBrs. Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat).
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |