Majlis Perasmian Penutupan Program MADANI Rakyat 2025 "Menoktahkan Kemiskinan Melalui Keusahawanan"
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah menghadiri Majlis Perasmian Penutupan Program MADANI Rakyat 2025 "Menoktahkan Kemiskinan Melalui Keusahawanan" di Dataran Majlis Perbandaran Tawau, Tawau, Sabah pada 11 Mei 2025 (Ahad).
Program tersebut telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri.
Turut hadir adalah YBhg. Datuk Hajah Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); dan YBrs. Encik Zakri bin Mamat, Pengarah Audit Negeri Sabah.