faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Kursus Pemantapan Diri dan Keutuhan Peribadi Setiausaha Pejabat Jabatan Audit Negara

WhatsApp Image 2025 05 09 at 12.12.03 WhatsApp Image 2025 05 09 at 12.12.03 1 WhatsApp Image 2025 05 09 at 12.12.05 WhatsApp Image 2025 05 09 at 12.12.05 1 WhatsApp Image 2025 05 09 at 12.12.09

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah menghadiri sesi bersama Setiausaha Pejabat, Jabatan Audit Negara yang julung kali diadakan bersempena dengan Kursus Pemantapan Diri dan Keutuhan Peribadi Setiausaha Pejabat yang berlangsung pada 8 hingga 10 Mei 2025. Kursus ini diadakan sebagai tanda penghargaan terhadap usaha dan dedikasi Setiausaha Pejabat JAN seluruh negara dalam melaksanakan tugas dan amanah sebagai tulang belakang kepada pengurusan atasan JAN.

Dalam ucapannya, YBhg. Ketua Audit Negara percaya dengan semangat kerja berpasukan dan etika kerja yang tinggi, para setiausaha akan dapat menyumbang dengan cemerlang malah mampu menjadi agen perubahan bagi meningkatkan imej Jabatan. Kursus ini juga diadakan bersekali dengan modul latihan Kenegaraan Malaysia MADANI dengan kerjasama Akademi Kenegaraan Malaysia.

Turut hadir ke sesi ini ialah YBhg. Datuk Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YBhg Datuk Nor Salwani Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi); YBrs. Encik Azman Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat) dan Puan Syakurah binti Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia JAN.

 

 

  • Modified on: 09 May 2025
  • Print
  • 146