Mesyuarat Kerjasama Strategik Persediaan Persidangan Juruaudit ASEAN 2025
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Kerjasama Strategik bagi Persediaan Persidangan Juruaudit ASEAN 2025 di Ibu Pejabat, Jabatan Audit Negara (JAN), Putrajaya pada 8 Mei 2025.
Mesyuarat melibatkan kehadiran daripada pihak Pejabat Perdana Menteri (PMO), Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA), Kementerian Luar Negara (KLN), Kementerian Komunikasi (KK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Objektif mesyuarat adalah untuk membincangkan persediaan bagi menjayakan Persidangan Juruaudit ASEAN 2025 yang akan diadakan pada 27-28 Mei 2025 di PICC. Majlis penutup perasmian akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri.