faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Pengauditan Syarikat Kerajaan Oleh JAN di Zon Utara

WhatsApp Image 2025 05 03 at 15.48.03 WhatsApp Image 2025 05 03 at 15.48.04 WhatsApp Image 2025 05 03 at 15.48.04 1 WhatsApp Image 2025 05 03 at 15.48.04 2 WhatsApp Image 2025 05 03 at 15.48.07 WhatsApp Image 2025 05 03 at 15.48.07 2

 

YBhg. Dato' Seri Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah mengetuai delegasi Jabatan Audit Negara (JAN) ke Kulim Hi-Tech Park (KHTP) Kulim, Kedah pada 2 Mei 2025. Lawatan kerja ini bertujuan untuk meninjau kawasan pembangunan KHTP, iaitu projek berimpak tinggi di bawah pengurusan syarikat Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd. (KTPC), anak syarikat milik Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).

YBhg. Dato’ Seri KAN dan team JAN telah disambut oleh YBhg. Dato' Wira Isahak bin Murat, Ketua Pegawai Eksekutif PKNK dan YBhg. Dato Sahil bin Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTPC.

Lawatan kerja ini merupakan susulan kepada peluasan kuasa JAN untuk mengaudit 1,856 syarikat kerajaan mulai tahun 2025.

Delegasi JAN turut disertai oleh YBrs. Tuan Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat); YBrs. Puan Norliza binti Md Nuruddin, Pengarah Audit Kewangan; YBrs. Puan Raftah bin Ibrahim, Pengarah Bahagian, Sektor Audit Pengurusan Syarikat Kerajaan dan YBrs. Puan Mazmiza binti Mihat, Pengarah Audit Negeri Kedah.

Seterusnya YBhg Dato Seri KAN telah melawat tapak projek Wakaf Seetee Aisah (Fasa 2) yang merupakan pembangunan secara usaha sama antara Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan UDA Holdings Berhad (UDA) melibatkan pembangunan tanah wakaf dengan keluasan berjumlah 7.23 ekar di Seberang Perai, Pulau Pinang. Beliau juga turut berkesempatan meninjau keadaan semasa hartanah UDA di Perda City Mall yang juga berada di kawasan Seberang Perai Tengah.

Lawatan YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara turut merangkumi taklimat oleh UDA berkenaan kemajuan kerja semasa kedua-dua projek yang telah disampaikan oleh YBrs. Ir. Shahrul Arizan Mohamad Adnan, Ketua Pegawai Operasi, UDA Land (North) Sdn. Bhd (ULNSB).

Turut hadir ialah YBrs. Tuan Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat), Encik Azrudyn Rashid, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pembangunan Hartanah UDA, Encik Kamaluddin bin Darus, Pegawai Eksekutif Bahagian Pembangunan Wakaf MAINPP, YBrs. Puan Raftah binti Ibrahim, Pengarah Bahagian Audit Pengurusan Syarikat Kerajaan I, dan YBrs. Dr. Zaharuddin bin Zainal Abidin, Pengarah Audit Negeri Pulau Pinang.

WhatsApp Image 2025 05 03 at 17.00.43 WhatsApp Image 2025 05 03 at 17.00.43 1 WhatsApp Image 2025 05 03 at 17.00.44 WhatsApp Image 2025 05 03 at 17.00.46    

 

  • Modified on: 05 May 2025
  • Print
  • 199