faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Program Ketua Audit Negara Dengan Warga JAN Zon Utara Tahun 2025

WhatsApp Image 2025 05 03 at 14.55.22 WhatsApp Image 2025 05 03 at 14.55.22 1 WhatsApp Image 2025 05 03 at 14.55.23 WhatsApp Image 2025 05 03 at 14.55.24 WhatsApp Image 2025 05 03 at 14.55.24 1 WhatsApp Image 2025 05 03 at 14.55.26

 

Ketua Audit Negara (KAN) telah meluangkan masa hadir ke beberapa program anjuran warga Jabatan Audit Negara (JAN) Zon Utara pada 1 Mei 2025 daripada JAN Kedah, JAN Perak, JAN Pulau Pinang dan JAN Perlis.

Ini termasuk Program Kecergasan Warga JAN Zon Utara yang diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar dimana sebanyak lapan acara sukan telah dipertandingkan melibatkan 151 atlet JAN.

Program ini selain menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga JAN juga bertujuan memperkukuh semangat kerjasama di kalangan warga JAN.

Turut hadir adalah YBrs. Encik Azman Bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat), YBrs. Puan Norliza binti Md Nuruddin@Nordin, Pengarah Audit Kewangan 1 selaku Chief De Mission Zon Utara; Puan Mazmiza binti Mihat, Pengarah JAN Kedah; Puan Selwah binti Said, Pengarah JAN Perak; Dr. Zaharuddin bin Zainal Abidin, Pengarah JAN Pulau Pinang; dan Encik Rabianto bin Sokam, Pengarah JAN Perlis.

Usai Program tersebut, satu taklimat berkaitan "AI For My Future" telah disampaikan oleh pihak Pepper Labs dan Microsoft untuk perkongsian warga JAN Zon Utara.

Ini disusuli Sesi Town Hall Ketua Audit Negara bersama pegawai dan kakitangan pelbagai gred daripada JAN Zon Utara. Dalam sesi ini, YBhg. Dato' Seri Ketua Audit Negara telah menyampaikan amanat berkaitan hala tuju JAN disusuli sesi maklum balas dan dialog dengan KAN.

WhatsApp Image 2025 05 03 at 14.55.27 WhatsApp Image 2025 05 03 at 14.55.27 1 WhatsApp Image 2025 05 03 at 14.55.28 WhatsApp Image 2025 05 03 at 14.55.29 WhatsApp Image 2025 05 03 at 14.55.30 WhatsApp Image 2025 05 03 at 14.55.31

 

  • Modified on: 05 May 2025
  • Print
  • 125