faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Perbincangan Antara Jabatan Audit Negara (JAN) Dengan Rakan Strategik Untuk Persediaan Persidangan Juruaudit ASEAN 2025
(ASEAN Auditor Conference 2025)

WhatsApp Image 2025 04 25 at 07.04.36 WhatsApp Image 2025 04 25 at 07.04.37 WhatsApp Image 2025 04 25 at 07.04.38 WhatsApp Image 2025 04 25 at 07.04.39 WhatsApp Image 2025 04 25 at 07.04.43

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan mesyuarat pada 24 April 2025 (Khamis) melibatkan lapan rakan strategik yang bekerjasama dengan Jabatan Audit Negara (JAN) bagi menjayakan Persidangan Juruaudit ASEAN (ASEAN Auditor Conference) bertempat di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara.

Hadir sama termasuk Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysian Institute of Certified Public Accountant (MICPA), Puan Adrina Lim, Ketua Pegawai Eksekutif Deloitte, Pn. K’ng Katy Yee Peng dan juga Pengerusi Price Waterhouse Cooper (PwC), Puan Nurul Ain. Turut hadir bersama wakil kanan daripada Ernst & Young (EY), Klynveld Peat Marwick Goerdeler (KPMG), Malaysian Instutute of Accountants (MIA), Instutite of Internal Auditors Malaysia (IIAM) dan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA).

Perbincangan menjurus kepada persediaan Persidangan Juruaudit ASEAN yang akan julung kali diadakan di Malaysia pada 27 dan 28 Mei 2025 di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Persidangan ini akan menghimpunkan seramai 2,000 orang juruaudit awam dan swasta dari seluruh rantau ASEAN dan Asia termasuk Brunei, Indonesia, Kemboja, Filipina dan Timor-Leste.

 

  • Modified on: 25 Apr 2025
  • Print
  • 88