faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Kunjungan Hormat Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji (JAWHAR) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Kepada Ketua Audit Negara

WhatsApp Image 2025 04 23 at 23.02.13 WhatsApp Image 2025 04 23 at 23.02.15 WhatsApp Image 2025 04 23 at 23.02.17 1 WhatsApp Image 2025 04 23 at 23.02.18

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji (JAWHAR) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 22 April 2025 (Rabu) di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara.

Turut hadir ke sesi ini ialah YBhg. Dato' Selamat Paigo, Ketua Pengarah JAWHAR; dan YBrs. Tuan Hj. Amran bin Hj. Awaludin, Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan, JAKIM.

Kunjungan hormat tersebut bertujuan mengadakan sesi libat urus berhubung dapatan Kajian Literatur Terhadap Takrifan Asnaf Fisabilillah yang disediakan oleh JAWHAR dan JAKIM.

Dalam hal ini, JAN berpendirian bahawa takrifan Asnaf Fisabilillah adalah berdasarkan Fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri masing-masing seperti yang termaktub di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Agama Negeri.

YBhg. Dato' Seri Ketua Audit Negara juga memaklumkan pengauditan Majlis Agama Islam Negeri yang dilaksanakan oleh JAN adalah berfokus kepada aspek tadbir urus dan tatakelola kewangan Kumpulan Wang Zakat, Wakaf dan Baitumal bagi meningkatkan akauntabiliti selaras dengan kehendak perundangan yang berkuatkuasa serta menurut fatwa yang dirujuk.

 

  • Modified on: 24 Apr 2025
  • Print
  • 54