Majlis Hari Raya Aidilfitri Sektor Pejabat Ketua Audit Negara Tahun 2025
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Majlis Hari Raya Aidilfitri Sektor Pejabat Ketua Audit Negara Tahun 2025 telah berlangsung pada 18 April 2025 (Jumaat) di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara (JAN), Putrajaya.
Bertemakan "Klasiknya Raya", suasana majlis diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara, yang meluangkan masa bersama warga kerja.
Turut memeriahkan majlis ialah kehadiran anak-anak comel dari Taska Sri Kandi, Blok F2, Kompleks F, yang turut diraikan. YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara juga telah menyampaikan duit raya kepada anak-anak ini, sekali gus menyemarakkan lagi suasana Aidilfitri.