faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Majlis Penyerahan Surat Kuasa Ketua Audit Negara kepada Firma Audit Swasta (FAS)

WhatsApp Image 2025 04 21 at 13.54.09 WhatsApp Image 2025 04 21 at 13.54.09 1 WhatsApp Image 2025 04 21 at 13.54.10 WhatsApp Image 2025 04 21 at 13.54.10 1 WhatsApp Image 2025 04 21 at 13.54.11 1 WhatsApp Image 2025 04 21 at 13.54.12

 

Ketua Audit Negara, YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Surat Kuasa Ketua Audit Negara kepada Firma Audit Swasta (FAS) pada 18 April 2025 bagi pengauditan Penyata Kewangan Tahun 2024 melibatkan 246 buah Agensi Persekutuan dan Negeri. Seramai 54 wakil daripada 33 FAS turut hadir dalam majlis tersebut.

Majlis ini turut menjadi platform kepada FAS yang dilantik untuk berinteraksi secara dua hala dengan Ketua Audit Negara berkaitan perkara berbangkit dalam pengauditan penyata kewangan yang dilaksanakan oleh FAS bagi tujuan penambahbaikan pada masa hadapan.

Dalam ucapan beliau, Ketua Audit Negara memaklumkan pelantikan FAS dibuat berdasarkan elemen wibawa selaras dengan kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta Audit 1957 [Akta 62]. Selain itu, Ketua Audit Negara berharap kerjasama antara JAN dan FAS terus diperkukuhkan dalam usaha meningkatkan akauntabiliti dan tatakelola kewangan agensi selaras dengan kehendak dan aspirasi Kerajaan.

 

  • Modified on: 21 Apr 2025
  • Print
  • 156