Mesyuarat Penutup Bagi Pengauditan Pematuhan Terhadap Perolehan Pajakan Ladang Sawit oleh FELCRA Berhad
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Bagi Pengauditan Pematuhan Terhadap Perolehan Pajakan Ladang Sawit oleh FELCRA Berhad pada 10 April 2025 di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara, Putrajaya.
Mesyuarat dihadiri oleh YBhg. Dato' Dr. Roslan bin Mahmood, Setiausaha Bahagian Kanan (Khidmat Pengurusan), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah; YBhg. Dato Dr. Amiruddin bin Muhamed, Setiausaha Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan, Kementerian Kewangan; YBhg. Dato’ Idris bin Lasim, Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad; wakil daripada Jabatan Peguam Negara, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) serta pegawai-pegawai FELCRA Berhad.