Mesyuarat Agung Tahunan MASJAN Kali Ke-33 Tahun 2025
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara selaku Yang DiPertua Majlis Sukan Jabatan Audit Negara (MASJAN) telah mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan MASJAN kali ke-33 Tahun 2025 di Ibu Pejabat JAN pada 27 Mac 2025.
Turut hadir YBhg. Datuk Hajah Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) selaku Naib Yang Dipertua I; YBhg. Datuk Nor Salwani binti Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi) selaku Naib Yang Dipertua II; YBrs. Encik Azman bin Mahmud, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat) selaku Naib Yang Dipertua III; Puan Hely Herlynna binti Mohd Kassim, Setiausaha Kehormat MASJAN dan Encik Abul Hisyam bin Anuar, Bendahari Kehormat MASJAN.
Pengerusi dan Setiausaha 15 Kelab Gabungan di peringkat JAN Negeri turut hadir secara dalam talian.
YBhg. Dato' Seri Yang DiPertua MASJAN dalam ucapan alu-aluan beliau menzahirkan rasa bangga terhadap pencapaian team MASJAN tahun lepas hingga kini. Antaranya, Tabung Kebajikan JAN yang baharu ditubuhkan pada tahun 2024 telah dapat meringankan beban dan sedikit sebanyak membantu warga JAN dan keluarga yang terlibat dalam bencana dan kesusahan. Pada tahun 2024, dana telah disalurkan kepada 12 pegawai di seluruh negara atas sebab pegawai/waris meninggal dunia, kesihatan dan lain-lain kemudaratan seperti kebakaran.
Selain itu, penerbitan e-buletin MASJAN sebanyak 4 keluaran yang memaparkan program/aktiviti dilaksanakan pada tahun 2024 membuktikan MASJAN dan semua kelab gabungan bergerak aktif di samping melaksanakan tugas hakiki.