Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Bank Simpanan Nasional (BSN) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 pada 27 Mac 2025 di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara, Putrajaya.
Mesyuarat dihadiri oleh YBrs. Encik Jay Khairil Jeremy bin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif BSN; YBhg. Datuk Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YBhg. Dato Indera Ab Rahim bin Ab Rahman, Pengarah Belanjawan Negara; YBrs. Puan Siti Hajar binti Osman, Managing Partner Deloitte dan pegawai daripada Bank Negara Malaysia dan Jabatan Audit Negara.
Usai Mesyuarat Penutup, YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara telah menyempurnakan sesi penyerahan Sijil Ketua Audit Negara untuk Penyata Kewangan BSN bagi tahun berakhir 31 Disember 2024.