Sesi Roundtable Ketua Audit Negara Bersama Ketua Unit Audit Dalam
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, telah mempengerusikan Sesi Roundtable Ketua Audit Negara Bersama Ketua Unit Audit Dalam di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara pada 17 Mac 2025.
Sesi ini bagi membincangkan hal ehwal pentadbiran dan pengurusan Unit Audit Dalam (UAD) di Kementerian/Jabatan Persekutuan/Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri/Agensi.
Turut hadir ke mesyuarat tersebut ialah Timbalan-Timbalan Ketua Audit Negara dan Puan Noor Rita binti Kassim, Pengarah, Bahagian Susulan Audit, bersama 35 orang Ketua Audit Dalam daripada Kementerian/ Jabatan/ Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Setiausaha Bahagian Audit Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia dan wakil Bahagian Kawalan Kewangan Strategik dan Korporat (BKSK), Kementerian Kewangan.