faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Taklimat Self Assessment Bagi Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri Pahang

WhatsApp Image 2025 03 14 at 22.35.40 WhatsApp Image 2025 03 14 at 22.35.40 1 WhatsApp Image 2025 03 14 at 22.35.41 WhatsApp Image 2025 03 14 at 22.35.41 1

 

Sesi taklimat eSelf-Audit bagi syarikat berkaitan Kerajaan Negeri Pahang telah diadakan pada 14 Mac 2025 di Kuantan, Pahang.

Taklimat tersebut disampaikan oleh pasukan Sektor Audit Syarikat Kerajaan (SAS) dari ibu pejabat Jabatan Audit Negara (JAN) yang diketuai oleh Encik Muhammad Zhafri bin Zainudin, Ketua Penolong Pengarah Audit. Sesi ini turut dihadiri oleh wakil daripada Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) JAN yang membantu dari aspek teknikal.

Sesi ini memberi peluang kepada 48 GLC Pahang yang hadir untuk mengemukakan sebarang permasalahan berkaitan sistem tersebut secara terus dan membuat latihan secara praktikal (hands-on). Tarikh akhir kemasukan data adalah pada 21 Mac 2025.

Turut hadir dalam sesi ini ialah YBrs. Encik Abdul Rahim Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Pahang Corporate Management Services Sdn Bhd (PCMS) dan Encik Anwar Asmuni, Pengarah Audit Negeri Pahang.

  • Modified on: 17 Mar 2025
  • Print
  • 284