Penyerahan Sumbangan Tabung Ihsan MADANI
![]() |
![]() |
YBhg. Dato Seri Ketua Audit yang diwakili oleh YBrs. Encik Hazman bin Mohamad, Pengarah Audit Negeri Kelantan dan YBrs. Encik Rabianto bin Sokam, Pengarah Audit Negeri Perlis telah menyerahkan sumbangan Tabung Ihsan MADANI JAN kepada 5 pegawai JAN yang terkesan akibat rumah dilanda banjir pada penghujung tahun 2024.
Tabung Ihsan MADANI JAN ini telah ditubuhkan pada tahun 2024 atas cetusan idea Ketua Audit Negara bagi menghulurkan bantuan kepada warga JAN yang memerlukan dan terkesan akibat musibah banjir ketika itu. Kutipan sumbangan telah dibuka bermula 2 hingga 29 Disember 2024.
YBhg. Dato Seri menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para penyumbang yang budiman. Atas sambutan yang amat baik daripada seluruh warga JAN yang prihatin, YBhg, Dato Seri juga memutuskan untuk meneruskan inisiatif ini untuk keperluan yang akan datang.
Semoga dengan sumbangan ini dapat membantu dan meringankan bebas pegawai-pegawai JAN yang terlibat.