Majlis Penyerahan Bubur Lambuk Sempena Bulan Ramadan Kepada Warga JAN Bagi Tahun 2025
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Majlis Penyerahan Bubur Lambuk sempena Bulan Ramadan kepada semua kakitangan JAN di Ibu Pejabat anjuran Surau Al-Ibtisam, Jabatan Audit Negara (JAN) dengan kerjasama Kelab Audit Wilayah Persekutuan (KAWIP) telah diadakan pada 12 Mac 2025 (Rabu).
Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara. Majlis ini diadakan untuk mengimarahkan bulan Ramadan dengan semangat kebersamaan dan silaturahim dalam kalangan warga JAN.
Diharapkan program ini dapat menyemai nilai-nilai murni serta memperkukuh ukhuwah dalam suasana kerja yang harmoni dan penuh keberkatan.