faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Lembaga Tabung Haji (LTH) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024

WhatsApp Image 2025 03 11 at 13.12.35 WhatsApp Image 2025 03 11 at 13.12.35 1 WhatsApp Image 2025 03 11 at 13.12.38 1 WhatsApp Image 2025 03 11 at 13.12.39

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Lembaga Tabung Haji (LTH) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 pada 11 Mac 2025 di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara, Putrajaya.

Mesyuarat dihadiri oleh YBhg. Datuk Syed Hamadah Syed Othman, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, YBrs. Encik Mustakim Mohamad, Pengarah Eksekutif Kewangan Kumpulan; YBhg. Datuk Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) dan YBrs. Encik Azman Bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat).

Turut hadir bersama wakil daripada Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan serta pegawai-pegawai kanan JAN dan LTH.

Usai Mesyuarat Penutup, YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara telah menyempurnakan sesi penyerahan Sijil Ketua Audit Negara untuk Penyata Kewangan Lembaga Tabung Haji bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 kepada Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH.

  • Modified on: 12 Mar 2025
  • Print
  • 104