Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara menghadiri Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025 yang berlangsung pada 8 Mac 2025 (Sabtu) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur.
Bertemakan “Wanita Beraspirasi Membina Legasi”, sambutan tahun ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri di hadapan para hadirin yang terdiri daripada pemimpin wanita serta wakil pelbagai lapisan masyarakat dari seluruh negara.
Turut hadir ke majlis tersebut ialah YB Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail, Isteri Perdana Menteri dan YB Dato' Sri Hajah Nancy binti Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Jabatan Audit Negara (JAN) komited dalam menyokong peranan wanita dalam kepimpinan serta profesionalisme, selaras dengan aspirasi negara untuk memperkasa wanita dalam pelbagai sektor.
Kredit foto: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)