Sesi Perkongsian Sistem e-SelfAudit Oleh Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak Kepada Perbadanan Pembangunan Sarawak (SEDC)
![]() |
![]() |
![]() |
YBrs. Encik Sharul Nizam bin Sabaree, Ketua Penolong Pengarah Audit, Jabatan Audit Negara (JAN) Negeri Sarawak telah menyampaikan sesi perkongsian berkaitan Sistem e-SelfAudit kepada para pegawai dari 32 Anak Syarikat Perbadanan Pembangunan Sarawak (SEDC) bertempat di Dewan Kenyalang, Menara SEDC, Kuching, Sarawak pada 7 Mac 2025.
Sesi tersebut turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Haji Abdul Hadi bin Datuk Haji Abdul Kadir, Pengurus Besar SEDC dan Pegawai-pegawai Kanan SEDC.