Sesi Perkongsian Ilmu Mengenai Pemantapan Tatakelola Dan Antirasuah Oleh Ketua Audit Negara Bersama Warga Jabatan Audit Negara
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Unit Integriti, Jabatan Audit Negara (JAN) dengan kerjasama Surau Al-Ibtisam JAN telah menganjurkan Sesi Perkongsian Ilmu Mengenai Pemantapan Tatakelola Dan Antirasuah oleh Ketua Audit Negara Bersama Warga Jabatan pada 4 Mac 2025 (Selasa) bertempat di Ibu Pejabat JAN, Putrajaya.
Ketua Audit Negara, YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi telah menyampaikan perkongsiannya bertajuk “Bersyukur Melalui Tatakelola Terbaik” kepada seramai 945 orang pegawai yang hadir secara bersemuka dan dalam talian.
Dalam sesi perkongsian tersebut, beliau telah menekankan peri pentingnya semua penjawat awam terutamanya di kalangan para Juruaudit perlu bersyukur dengan hasil khidmat kerja yang telah dicapai sehingga kini dan merealisasikan kesyukuran tersebut dengan melaksanakan amanah sebaik-baiknya, mengurus sumber daya dengan bijak, dan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada Negara. Sesi tersebut disusuli dengan sesi soal jawab interaktif antara KAN dengan warga JAN.
Turut hadir ketiga-tiga Timbalan Ketua Audit Negara iaitu YBhg. Datuk Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YBhg. Datuk Nor Salwani Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi); YBrs. Encik Azman Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat) serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Audit Negara (JAN).
Sebelum itu, warga JAN juga telah diberikan taklimat daripada pihak Tabung Haji yang turut membuka Kaunter Perkhidmatan di lobi JAN Blok F2 bagi warga JAN yang ingin mendapatkan perkhidmatannya.
Sesi Perkongsian tersebut diakhiri dengan sesi Solat Zohor berjemaah.