Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri Bagi bulan Mac 2025
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Sekitar sesi Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Mac 2025 yang dihadiri oleh YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara pada 3 Mac 2025 (Isnin) di Dewan De' Seri Endon, Puspanitapuri, Putrajaya.
Dalam ucapan YAB Perdana Menteri, beliau menegaskan kepentingan bulan Ramadan dalam membentuk ketakwaan, integriti dan disiplin. Beliau juga mengingatkan agar semua Kementerian dan Jabatan Kerajaan mengelakkan pembaziran dan mengutamakan kesederhanaan dalam penganjuran majlis rasmi dam pembelian hadiah/cenderahati terutama sepanjang bulan Ramadan.
Dari segi pentadbiran, beliau menyeru agar badan penguatkuasaan dan pemantauan seperti SPRM, LHDN dan Ketua Audit Negara untuk terus menjalankan tugas dengan baik, dengan penekanan pada penambahbaikan berterusan.
Reformasi institusi diteruskan melalui Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA), Akta Perolehan Kerajaan dan Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen untuk meningkatkan ketelusan dan kecekapan pentadbiran.
Selain itu, konsep "Iltizam Perkhidmatan Awam" diperkenalkan bagi memastikan penjawat awam lebih memahami peranan mereka. Maklumat penting daripada Mesyuarat Kabinet atau mesyuarat di peringkat Jabatan perlu disampaikan secara menyeluruh bagi mengelakkan jurang komunikasi dalam pentadbiran.
Turut hadir YBhg. Datuk Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YBhg. Datuk Nor Salwani binti Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi); YBrs. Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat); serta pegawai-pegawai Jabatan Audit Negara (JAN) dari Putrajaya, Negeri Sembilan dan Selangor.