Majlis Penyerahan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2024
![]() |
![]() |
Majlis Penyerahan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2024 telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Norlida binti Mohd Khalid, Timbalan Akauntan Negara (Operasi) kepada YBhg. Datuk Hajah Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) pada 28 Februari 2025 di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara, Putrajaya.
Taklimat ringkas turut disampaikan oleh wakil Jabatan Akauntan Negara berkaitan kedudukan dan prestasi kewangan Kerajaan Persekutuan bagi tahun kewangan 2024.
Turut hadir ialah YBrs. Puan Norliza binti Nuruddin, Pengarah Audit Kewangan 1 dan YBrs. Tuan Haji Nasran bin Omar, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Operasi Pusat dan Agensi, Jabatan Akauntan Negara Malaysia.