Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Sempena Ihya Ramadan 1446H/ 2025M Bersama Ketua Audit Negara dan Warga Jabatan Audit Negara
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menyertai Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Sempena Ihya Ramadan 1446H/ 2025M anjuran Surau Al-Ibtisam dengan kerjasama Bahagian Kewangan dan Pengurusan (BKP), Jabatan Audit Negara (JAN) pada 28 Februari 2025 (Jumaat) di ibu pejabat JAN, Putrajaya.
Majlis bacaan Yasin dan Tahlil dipimpin oleh Al-Fadil Tuan Haji Badiuzzaman Mohd Pakir dan turut dihadiri YBhg Datuk Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YBhg Datuk Nor Salwani Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi); YBrs Encik Azman Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat); serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Audit Negara (JAN) secara bersemuka dan dalam talian.