faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Lawatan Kerja Ketua Audit Negara Ke Sabah

481200044 1059248022913910 4129784 WhatsApp Image 2025 02 26 at 16.07.02 WhatsApp Image 2025 02 26 at 16.07.03 WhatsApp Image 2025 02 26 at 16.07.04 1 WhatsApp Image 2025 02 26 at 16.07.06 2 WhatsApp Image 2025 02 26 at 16.07.07 WhatsApp Image 2025 02 26 at 16.07.07 1 WhatsApp Image 2025 02 26 at 16.07.05

 

Lawatan Kerja YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara ke Negeri Sabah pada 22 hingga 25 Februari 2025 telah diisi dengan pelbagai pengisian program berfokus kepada pengauditan berimpak serta program melibatkan warga Jabatan Audit Negara, Negeri Sabah di Kota Kinabalu dan Tawau.

Antara lain, Dato' Seri KAN telah mengadakan lawatan tapak ke jajaran Lebuhraya PAN Borneo (Pakej WP08) yang melibatkan Menaik Taraf Jalan Dari Sepanggar ke Bulatan Berungis. Beliau telah diberi taklimat oleh Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Sabah dan JKR Sabah sebagai agensi pelaksana.

Beliau juga telah mengadakan Lawatan fizikal Audit ke tapak Projek Forward Operation Base (FOB) di Pulau Mabul, Semporna bertujuan mendapat gambaran sebenar kemajuan kerja dan maklumat projek daripada Pegawai Penguasa (SO). Turut hadir ialah YDH DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, Timbalan Ketua Polis Negara; YDH DCP Datuk Victor B Sanjos, Komander ESSCOM; YBhg. Datuk Jamaluddin Mohd Ali, Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM; YBhg. Datuk Zakaria Shaaban, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta wakil-wakil dari KDN dan JKR.

Dato' Seri Wan Suraya juga berkesempatan meluncurkan pembukaan Pejabat Jabatan Audit Negara, Negeri Sabah, Cawangan Tawau yang kini beroperasi di Bangunan T2@APAS bermula 18 November 2024.

Lawatan di Tawau turut merangkumi taklimat oleh FELCRA Berhad yang telah disampaikan oleh YBrs. En. Anuar Merican bin Akhbar Merican, Pengarah Bahagian Perladangan FELCRA Berhad. Turut hadir, YBhg. Datuk Hajah Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); dan YBrs. Encik Mohd Shahril bin Yahya, Pengarah Audit Prestasi 1.

Kampung Topokon, Tuaran, Sabah juga telah dipiih sebagai cadangan Kampung Angkat Madani JAN bagi tahun 2025. Program ini bertujuan meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui aspek kebersihan, kesihatan awam dan pembangunan komuniti. Mesyuarat penyelarasan dan sesi libat urus bersama penduduk kampung yang dipengerusikan oleh Ketua Audit Negara turut dihadiri oleh Encik Herman Tunggiging, Pegawai Daerah Tuaran; Encik Jamlin Ladin, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Tuaran; Puan Eryanti Edy, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Topokon serta Encik Tiuh Umpit, Ketua Kampung Topokon.

YBhg. Dato’ Seri KAN juga berkesempatan meluncurkan Program Kecergasan, Townhall dan Kursus Malaysia MADANI Perkhidmatan Awam JAN Zon Borneo. Lebih 200 orang pegawai daripada JAN Sabah dan Sarawak telah menyertai program-program tersebut bagi mempromosikan gaya hidup sihat dan semangat berpasukan. Sesi Townhall turut diadakan bagi memberi ruang kepada warga JAN Zon Borneo untuk berdialog secara langsung bersama YBhg. Dato’ Seri KAN mengenai hala tuju Jabatan.

WhatsApp Image 2025 02 26 at 16.07.08 WhatsApp Image 2025 02 26 at 16.07.09 WhatsApp Image 2025 02 26 at 16.07.09 1 WhatsApp Image 2025 02 26 at 16.07.09 2 WhatsApp Image 2025 02 26 at 16.07.10 WhatsApp Image 2025 02 26 at 16.07.10 1
  • Modified on: 28 Feb 2025
  • Print
  • 119