faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Wacana Integriti Bilangan 1 Tahun 2025

WhatsApp Image 2025 02 27 at 15.23.58 WhatsApp Image 2025 02 27 at 15.23.59 1 WhatsApp Image 2025 02 27 at 15.24.00 WhatsApp Image 2025 02 27 at 15.24.01

 

Unit Integriti, Jabatan Audit Negara (JAN) dengan kerjasama Surau Al-Ibtisam JAN telah menganjurkan program Wacana Integriti Bilangan 1 Tahun 2025 bertajuk ‘Ramadan Melatih Keperibadian Berintegriti’ pada 27 Februari 2025 (Khamis) bertempat di Ruang Legar JAN, Aras 2, Blok F2, Kompleks F, Putrajaya. Program ini telah disampaikan oleh penceramah bebas, Puan Nurul Syafiqah binti Mohamed Hanafiah atau lebih dikenali sebagai Da'i Syafiqah.

Program ini telah dihadiri oleh 119 orang warga JAN secara bersemuka dan disiarkan secara langsung (live streaming) dengan kehadiran dalam talian seramai 510 orang.

Semoga seluruh warga JAN mendapat manfaat daripada program ini dalam usaha untuk menghayati ibadah puasa dalam bulan Ramadan dan sebagai persiapan untuk menyambut kedatangan bulan Ramadan yang ditunggu-tunggu saban tahun oleh umat Islam.

  • Modified on: 28 Feb 2025
  • Print
  • 124