faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Sesi Perbahasan Dan Penggulungan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2025

WhatsApp Image 2025 02 28 at 09.36.41 1 WhatsApp Image 2025 02 28 at 09.36.42 WhatsApp Image 2025 02 28 at 09.36.42 2 WhatsApp Image 2025 02 28 at 09.36.43    

 

Sekitar sesi perbahasan dan penggulungan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2025 di Parlimen pada 27 Februari 2025 (Khamis) yang telah dihadiri oleh YBhg Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara.

YB Dato' Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) telah membentangkan usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) di Dewan Rakyat.

Manakala YB Tuan M.Kulasegaran a/l V.Murugeson telah membuat penggulungan Perbahasan LKAN 1/2025 yang melibatkan Jabatan Audit Negara (JAN).

JAN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada 18 orang Yang Berhormat Ahli Dewan Rakyat yang telah menyertai sesi perbahasan kali ini serta menyampaikan syor dan pandangan bagi memperkukuh tatakelola, pengurusan kewangan dan akauntabiliti Kerajaan Persekutuan demi kepentingan negara.

Turut hadir bersama di Parlimen adalah YBhg. Datuk Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBrs. Encik Azman Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat) dan Pengarah-Pengarah Kanan Sektor Audit Kewangan.

WhatsApp Image 2025 02 28 at 09.36.43 2 WhatsApp Image 2025 02 28 at 09.36.44 1 WhatsApp Image 2025 02 28 at 09.36.45 WhatsApp Image 2025 02 28 at 09.36.45 2
  • Modified on: 28 Feb 2025
  • Print
  • 225