Kunjungan Hormat Daripada Delegasi Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPKM)
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang diketuai oleh YBhg Datuk Badrul Hisham bin Mohd, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), KPKM pada 21 Februari 2025.
Perbincangan menjurus kepada penyelesaian isu-isu pengurusan Program Penanaman Padi yang telah dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2022 dan dipaparkan dalam Papan Pemuka Dalam Talian Ketua Audit Negara (Auditor General's Dashboard-AGD).
Turut hadir ke sesi ini ialah YBhg. Datuk Nor Salwani binti Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi); YBrs. En. Azman bin Mahmood Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat); Encik Amir Bin Matamin, Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP); dan Puan Noor Rita binti Kassim, Pengarah Bahagian Susulan Audit.