Mesyuarat Gerak Kerja Kepengerusian ASEAN Audit Committee (AAC) Antara Jabatan Audit Negara Dan
Perwakilan Tetap Malaysia Ke ASEAN di Jakarta
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi telah mempengerusikan Mesyuarat Gerak Kerja Kepengerusian ASEAN Audit Committee (AAC) bersama PYT Datin Sarah Al Bakri Devadason, Wakil Tetap Malaysia ke ASEAN di Jakarta pada 18 Februari 2025 secara dalam talian.
Mesyuarat tersebut antara lain membincangkan persediaan penganjuran Mesyuarat AAC Ke-50 yang akan dipengerusikan oleh Ketua Audit Negara pada bulan Jun 2025 kelak.
Turut hadir YBrs. Puan Norliza Md Nuruddin@Nordin, Pengarah Audit Kewangan, Jabatan Audit Negara, YBrs. Dr. Selvaraj Ramasamy Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Komuniti Sosio-Budaya, Sekretariat Kebangsaan ASEAN- Malaysia dan YBrs. Puan Norhafiza Halim Faisal, Pengarah Bahagian Komuniti Sosio-Budaya, Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia dari Kementerian Luar Negeri.