Mesyuarat Khas Jawatankuasa Susulan Laporan Ketua Audit Negara (JSLKAN) Bilangan 1 Tahun 2025
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Susulan Laporan Ketua Audit Negara (JSLKAN) Bilangan 1 Tahun 2025 pada 17 Februari 2025 di ibu pejabat JAN. Mesyuarat tersebut dipengerusikan secara bersama dengan YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP).
Turut hadir ahli Jawatankuasa yang lain terdiri daripada wakil-wakil Jabatan Peguam Negara (AGC), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) serta badan penguatkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM).