faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Lawatan Kerja Ketua Audit Negara ke Negeri Terengganu

WhatsApp Image 2025 02 02 at 17.29.28 1 WhatsApp Image 2025 02 02 at 17.29.38 WhatsApp Image 2025 02 02 at 17.29.40 WhatsApp Image 2025 02 03 at 13.25.57 WhatsApp Image 2025 02 03 at 13.25.58

 

YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menghadiri program lawatan kerja ke Negeri Terengganu pada 1 dan 2 Februari 2025.

Rangka lawatan kerja merangkumi Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Memajukan Iktisad Terengganu (PMINT) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 di Wisma Audit Negeri Terengganu. Mesyuarat turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Haji Wan Adnan bin Wan Derahman, Ketua Eksekutif Kumpulan PMINT, YBhg. Dato’ Rosli bin Latif, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) serta wakil daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi secara atas talian.

YBhg. Dato’ Seri KAN juga berpeluang mengadakan Sesi Libat Urus dan Dialog bersama Warga JAN Terengganu bagi berkongsi fokus JAN untuk tahun 2025. Beliau turut melawat tapak dan mendapatkan taklimat status terkini cadangan pembangunan Akademi Audit Negara Zon Timur di Terengganu.

Lawatan kerja YBhg. Dato’ Seri KAN diakhiri dengan Lawatan Tapak ke Mayang Mall di bawah pengurusan Pelaburan Hartanah Berhad (PHB). Taklimat Pembangunan dan pengurusan projek telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PHB iaitu YBrs. Encik Mohamad Damshal Awang Damit.

Dalam rangka lawatan tersebut, YBhg. Dato‘ Seri KAN berkesempatan hadir ke majlis perkahwinan putera kepada mantan Pengarah Audit Terengganu, En. Zulkifli bin Tunggal. Di majlis yang sama, beliau berkesempatan berbincang status pengurusan dan pembangunan Negeri Terengganu bersama YBhg. Dato Nara Setia, Dato Zulkifli bin Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dan YBhg. Dato Mohd Azmi Mohd Daham, Pegawai Kewangan Negeri.

WhatsApp Image 2025 02 03 at 13.26.01 WhatsApp Image 2025 02 03 at 13.28.30 WhatsApp Image 2025 02 03 at 13.28.30 2 WhatsApp Image 2025 02 03 at 13.28.31 WhatsApp Image 2025 02 03 at 13.52.53 1
  • Modified on: 03 Feb 2025
  • Print
  • 267