faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Lawatan Kerja Ke Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang

WhatsApp Image 2025 01 29 at 11.44.23 WhatsApp Image 2025 01 29 at 11.44.24 WhatsApp Image 2025 01 29 at 11.44.24 1 WhatsApp Image 2025 01 29 at 11.44.25 WhatsApp Image 2025 01 29 at 11.44.25 1

 

YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah mengadakan lawatan kerja ke Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang pada 28 Januari 2025 (Selasa).

Lawatan kerja ini bertujuan untuk membincangkan pelbagai perkara termasuk status pengauditan Penyata Kewangan USM yang dilaksanakan oleh Jabatan Audit Negara (JAN). Turut dibincang perancangan awal Program Kecergasan JAN Tahun 2025 dan Taklimat Kerjaya JAN yang julung kali akan dilaksanakan pada bulan Ogos 2025 di USM.

Lawatan kerja tersebut turut dihadiri oleh YBhg. Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, Naib Canselor, USM; YBhg. Datuk Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YBrs. Tuan Haji Azunan Daud, Pengarah Audit Sektor Audit Kewangan, JAN merangkap Yang Dipertua Kelab Audit Wilayah Persekutuan (KAWIP); YBrs. Profesor Dr. Hairul Anuar Hashim, Pengarah Pusat Sukan dan Rekreasi, USM; dan YBrs. Dr. Zaharuddin Zainal Abidin, Pengarah Audit Negeri, JAN Negeri Pulau Pinang.

  • Modified on: 30 Jan 2025
  • Print
  • 154