faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Lawatan Akademik Fakulti Perniagaan Dan Perakaunan Universiti Selangor (UNISEL)

WhatsApp Image 2025 01 24 at 14.39.36 WhatsApp Image 2025 01 24 at 14.39.37 WhatsApp Image 2025 01 24 at 14.39.37 1 WhatsApp Image 2025 01 24 at 14.39.39 WhatsApp Image 2025 01 24 at 14.40.04

 

Jabatan Audit Negara (JAN) telah menerima lawatan akademik daripada 28 orang pelajar Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Universiti Selangor (UNISEL) pada 24 Januari 2025 (Jumaat), di Dewan F3, ibu pejabat JAN.

Objektif lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peranan, fungsi dan operasi JAN dalam memastikan ketelusan dan akauntabiliti pengurusan kewangan awam.

Lawatan ini juga bertujuan meningkatkan pemahaman pelajar terhadap proses audit negara, memperkukuh pengetahuan mengenai amalan tadbir urus yang baik, serta menggalakkan perkongsian ilmu dan pengalaman berkaitan pengurusan kewangan di sektor awam.

Taklimat berkenaan pengenalan JAN telah disampaikan oleh Encik Mohd Saiful Mohd Jaafar, Pengarah Audit Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa JAN diikuti dengan sesi taklimat daripada Puan Nurul Huda Ismail, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Audit ICT berkenaan Digital Audit.

Sesi seterusnya telah disampaikan oleh Encik Zaidatul Alwi, Ketua Program dari Akademi Audit Negara sebelum sesi terakhir mengenai Kerjaya di JAN oleh Encik Mohd Sallehhuddin Zainal Abidin, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.

  • Modified on: 27 Jan 2025
  • Print
  • 155