faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Majlis Penutup Mesyuarat Kumpulan Fokus dan Penyelarasan Bersama Jabatan Audit Negara (Peringkat Negeri) Bagi Pengauditan Bertemakan Perubahan Iklim Serta Bengkel Penyediaan Laporan Ketua Audit Negara Bertemakan Keterjaminan Makanan

WhatsApp Image 2025 01 24 at 17.38.00 WhatsApp Image 2025 01 24 at 17.38.02 WhatsApp Image 2025 01 24 at 17.38.03

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menyempurnakan Majlis Penutup Mesyuarat Kumpulan Fokus dan Penyelarasan Bersama Jabatan Audit Negara (Peringkat Negeri) bagi Pengauditan Bertemakan Perubahan Iklim serta Bengkel Penyediaan Laporan Ketua Audit Negara Bertemakan Keterjaminan Makanan pada 24 Januari 2025 di Auditorium Ahmad Noordin, Akademi Audit Negara (AAN), Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

Seramai 220 orang peserta telah menghadiri Mesyuarat Kumpulan Fokus dan Penyelarasan Bersama Bagi Pengauditan Bertemakan Perubahan Iklim yang diadakan bermula 20 hingga 22 Januari 2025.

Manakala, seramai 95 orang peserta telah menyertai Bengkel Penyediaan Laporan Ketua Audit Negara Bertemakan Keterjaminan Makanan yang diadakan pada 23 hingga 24 Januari 2025.

Penganjuran Mesyuarat Kumpulan Fokus ini direalisasikan melalui kerjasama JAN dengan pelbagai pihak seperti Kementerian, Jabatan, Agensi, NGO dan ahli akademik bagi membincangkan isu perubahan iklim. Ia memberikan perspektif dan input baru kepada pasukan audit serta dapat mewujudkan kerjasama bagi melancarkan proses pengauditan.

Manakala Penganjuran Bengkel Penyediaan Laporan Ketua Audit Negara Bertemakan Keterjaminan Makanan pula dijalankan dengan kerjasama pihak Universiti Putra Malaysia (UPM) yang diadakan untuk memperhalusi skop audit serta menilai langkah-langkah yang telah diambil daripada pengeluaran hingga pengedaran dan aksesibiliti makanan.

Turut hadir ke majlis penutup tersebut ialah YBhg. Datuk Hajah Patimah Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YBhg. Datuk Nor Salwani Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi); Encik Azman Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat); dan Puan Baridatul Anita Bidin, Pengarah AAN.

WhatsApp Image 2025 01 24 at 17.38.05 WhatsApp Image 2025 01 24 at 21.26.33 WhatsApp Image 2025 01 24 at 21.26.33 1
  • Modified on: 27 Jan 2025
  • Print
  • 141