Mesyuarat Ketua Audit Negara Bersama Ketua Audit Dalam (KUAD) Kementerian/Jabatan/Agensi Negeri Bilangan 1 Tahun 2025
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, telah mempengerusikan Mesyuarat Ketua Audit Negara Bersama Ketua Audit Dalam (KAN-KUAD) Bilangan 1 Tahun 2025 di ibu pejabat Jabatan Audit Negara. Mesyuarat KAN-KUAD awal tahun 2025 bertujuan memberikan semangat, iltizam dan keazaman kepada KUAD dalam menggalas amanah untuk memperkukuh amalan tatakelola Kementerian/ Jabatan/ Agensi masing-masing.
Turut hadir ke mesyuarat tersebut ialah YBhg. Datuk Nor Salwani binti Hj. Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi); dan YBrs. Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat) serta 35 orang Ketua Audit Dalam daripada Kementerian/ Jabatan/ Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Setiausaha Bahagian Audit Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia dan wakil Bahagian Kawalan Kewangan Strategik dan Korporat (BKSK), Kementerian Kewangan.