Sesi Libat Urus Ketua Audit Negara Bersama Warga Unit Khidmat Nasihat Undang-Undang
![]() |
![]() |
![]() |
Unit Khidmat Nasihat Undang-Undang (UKNUU) Jabatan Audit Negara (JAN) telah mengadakan Sesi Libat Urus bersama Ketua Audit Negara, YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi pada 23 Disember 2024 (Isnin) di ibu pejabat JAN, Putrajaya.
Sesi ini diadakan bagi tujuan memberikan platform khas untuk warga UKNUU yang diketuai oleh Puan Nurhafiza binti Marsidi, Penasihat Undang-Undang, JAN untuk membentangkan halatuju dan perancangan tahun 2025. Ini melibatkan perancangan daripada aspek keperluan sumber manusia, infrastruktur serta aktiviti UKNUU.
Di samping itu, YBhg Dato' Seri Ketua Audit Negara juga menyampaikan amanat dan perkongsian mengenai halatuju JAN yang melibatkan UKNUU. Beliau berharap agar UKNUU terus komited membantu dalam merealisasikan aspirasi JAN di peringkat nasional dan antarabangsa.
Turut hadir sama YBrs. Encik Saiful Anuar bin Zakaria, Pengarah Bahagian Penyelarasan Laporan, Encik Mohd Rashidi bin Baba, Timbalan Pengarah Bahagian Kewangan dan Pentadbiran, Encik Mohd Sallehhuddin bin Zainal Abidin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia serta Puan Intan Nadia binti Yatim mewakili Unit Komunikasi Korporat JAN.