Sesi Perjumpaan Bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diketuai oleh YBrs. Encik Mohd Azwan Ramli, Pengarah Bahagian Analisa Kewangan SPRM telah membuat kunjungan hormat kepada YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara pada 20 Disember 2024 di ibu pejabat Jabatan Audit Negara, Putrajaya.
Perjumpaan ini turut dihadiri oleh YBrs. Dr. Wan Ahmad Rudirman Wan Razak, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan wakil dari Accounting Research Institute (ARI), Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Antara lain, perjumpaan menjurus kepada pelbagai cadangan kerjasama antara SPRM dan Jabatan Audit Negara (JAN).