faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
Bagi tahun berakhir 31 Disember 2023

WhatsApp Image 2024 12 20 at 22.36.24 WhatsApp Image 2024 12 20 at 22.36.26 WhatsApp Image 2024 12 20 at 22.36.28  

 

YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bagi tahun berakhir 31 Disember 2023 pada 20 Disember 2024 di ibu pejabat Jabatan Audit Negara.

Turut hadir ke mesyuarat tersebut ialah YBhg. Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW); Encik Zainal Azni bin Zulkifli, Ketua Pengarah RISDA dan YBhg. Datuk Hajah Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan).

Sejurus selepas mesyuarat tersebut, Ketua Audit Negara telah menyempurnakan sesi menandatangani dan penyerahan Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan RISDA bagi tahun berakhir 31 Disember 2023.

  • Modified on: 23 Dec 2024
  • Print
  • 208