Sesi Perbincangan Berkaitan Pengauditan Bertema Keterjaminan Makanan Bersama Universiti Putra Malaysia (UPM)
![]() |
![]() |
![]() |
Jabatan Audit Negara (JAN) dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan sesi perbincangan berkaitan pengauditan bertemakan Keterjaminan Makanan pada 12 Disember 2024 di ibu pejabat JAN, Putrajaya.
Sesi perbincangan tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara. Turut hadir ke sesi ini ialah YBhg. Datuk Nor Salwani binti Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi).
Delegasi UPM diketuai oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Zulkifli Idrus, Profesor/Penyelidik Bersekutu, Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan, UPM selaku Pengerusi Keterjaminan Makanan, Akademi Sains Malaysia.