faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Mesyuarat Jawatankuasa Latihan Jabatan Audit Negara (JAN) Bilangan 2 Tahun 2024

469822924 1001997408638972 1212995849928270866 n 470012208 1001997345305645 720535907116 470137770 1001997475305632 3446959914878904263 n

 

YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Latihan Jabatan Audit Negara (JAN) Bilangan 2 Tahun 2024 pada 11 Disember 2024 (Rabu) di Ibu pejabat JAN. Mesyuarat yang diadakan 2 kali setahun tersebut bertujuan membincangkan pemerkasaan peranan Akademi Audit Negara (AAN) dalam meningkatkan kompetensi dan kapasiti pegawai JAN.

Mesyuarat telah menilai keberkesanan pelaksanaan latihan tahun 2024 serta membincangkan pelaksanaan latihan tahun 2025.

Turut hadir adalah Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), YBhg. Datuk Hajah Patimah Ramuji; dan Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi), YBhg. Datuk Nor Salwani Muhammad.

Seusai Mesyuarat tersebut, Majlis Menandatangani Perjanjian Pembiayaan Program Certified Fraud Examiner (CFE) Tahun 2024 telah disempurnakan oleh Ketua Audit Negara untuk Encik Jeyan a/l Balakrisnan, Penolong Pengarah Bahagian Susulan Audit yang menerima tawaran pembiayaan tersebut daripada JAN.

  • Modified on: 12 Dec 2024
  • Print
  • 103