Sesi Libat Urus Papan Pemuka Dalam Talian Ketua Audit Negara (Auditor General’s Dashboard – AGD)
Bersama Kerajaan Negeri Selangor
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Jabatan Audit Negara dengan kerjasama Unit Audit Dalam Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan sesi libat urus berkaitan isu-isu yang telah dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2020 hingga 2022 yang dipaparkan dalam Papan Pemuka Dalam Talian Ketua Audit Negara (Auditor General's Dashboard-AGD).
Sesi libat urus tersebut telah dipengerusikan bersama oleh YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara dan YB Dato’ Setia Haji Haris Bin Kasim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
Turut hadir ke sesi ini ialah YBhg. Datuk Nor Salwani binti Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi); YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan); Encik Serjana bin Ibrahim, Pengarah Bahagian Susulan Audit JAN dan Puan Zirawati binti Kadir, Pengarah Audit Negeri Selangor.