Mesyuarat Jawatankuasa Pegawai-Pegawai Kanan Bagi Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 Bilangan 2 Tahun 2024
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pegawai-Pegawai Kanan Bagi Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 Bilangan 2 Tahun 2024 yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN) bertempat di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada 9 Disember 2024 (Isnin).
Ketua Audit Negara akan mempengerusikan Jawatankuasa Audit ASEAN (AAC) sepanjang tahun 2025 kelak.
Kredit Foto: Pejabat Ketua Setiausaha Negara