Program Lawatan Kerja ke Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC)
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah menghadiri Program Lawatan Kerja ke Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) di Muar, Johor pada 28 November 2024.
Lawatan kerja ini turut disertai oleh YBhg. Datuk Hajah Patimah Ramuji; Timbalan Ketua, Audit Negara (Kewangan), Tuan Haji Azunan Daud, Pengarah Audit Kewangan Bahagian II, Sektor Audit Kewangan dan YBrs. Tuan Haji Norrizam Bin Muhamad, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Muar.
Lawatan kerja ini merupakan persediaan awal untuk Program Kecergasan Jabatan Audit Negara (JAN) Tahun 2025 melibatkan penyertaan 1,000 warga JAN dari seluruh negara yang akan diadakan mengikut zon.