Sesi Libat Urus Dengan Kerajaan Negeri Johor
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Jabatan Audit Negara (JAN) telah mengadakan sesi libat urus dengan Kerajaan Negeri Johor berkaitan semua isu-isu yang telah dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara tahun 2016 hingga 2022 yang dipaparkan dalam Papan Pemuka Dalam Talian Ketua Audit Negara (Auditor General's Dashboard- AGD) pada 27 November 2024.
Sesi libat urus tersebut telah dipengerusikan bersama oleh YBhg Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara bersama Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor.
Turut hadir, Yang Berhormat Dato’ Haji Asman Shah Bin Abd Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan) dan YBhg. Datuk Nor Salwani binti Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi).
Sesi ini telah dihadiri oleh semua Ketua Jabatan/Agensi Negeri Johor yang terlibat dengan isu-isu Audit.