Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif MASJAN Bilangan 2 Tahun 2024
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara selaku Yang Dipertua MASJAN telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif MASJAN Bilangan 2 Tahun 2024 di Ibu Pejabat JAN pada 26 November 2024. Ini merupakan mesyuarat kali pertama diadakan bersama barisan Exco MASJAN Sesi 2024/2025 yang baru dilantik pada 29 Mac 2024.
MASJAN ditubuhkan bertujuan untuk menyeragam dan menyelaraskan 15 kelab gabungan di peringkat JAN Negeri dan Ibu Pejabat serta memajukan aktiviti sukan, sosial dan menjaga kebajikan di kalangan ahli kelab gabungan.
Turut hadir ialah YBhg. Datuk Nor Salwani binti Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi) selaku Naib Yang Dipertua II MASJAN, Puan Hely Herlynna binti Mohd Kassim, Setiausaha Kehormat MASJAN dan Encik Abul Hisyam bin Anuar, Bendahari Kehormat MASJAN.