Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Jabatan Audit Negara Bilangan 3
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara, telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ), Jabatan Audit Negara (JAN) Bilangan 3 Tahun 2024 di Ibu Pejabat JAN Putrajaya pada 25 November 2024.
Mesyuarat medium dua hala ini merupakan saluran dimana pihak pekerja dapat berkomunikasi terus dengan pihak pengurusan JAN dan menyuarakan pendapat, pandangan dan serta menyumbangkan idea-idea demi kepentingan dan kebaikan organisasi.
Selain itu, platform ini turut memberi ruang kepada Pihak Pekerja untuk memberikan sumbangan idea kreatif dan inovatif bagi memastikan JAN terus berkembang dan kekal relevan.
Turut hadir ialah YBhg. Datuk Nor Salwani binti Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi) dan Encik Azmi bin Mat, Naib Pengerusi MBJ JAN.