Sesi Libat Urus Ketua Audit Negara Bersama Unit Komunikasi Korporat (UKK) Jabatan Audit Negara
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Unit Komunikasi Korporat (UKK) Jabatan Audit Negara (JAN) telah mengadakan Sesi Libat Urus bersama Ketua Audit Negara, YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi pada 25 November 2024 (Isnin) di ibu pejabat JAN, Putrajaya.
Sesi ini memberi fokus kepada pembentangan hala tuju dan perancangan UKK bagi tahun 2025 termasuk Pelan Komunikasi JAN 2025 yang dirangka untuk memperkukuh hubungan dengan pihak berkepentingan serta meningkatkan penyampaian maklumat Jabatan secara berkesan.
Usai sesi libat urus tersebut, Dato' Seri KAN berkesempatan melawat ruang kerja warga UKK serta melawat studio fotografi dan pusat sumber.