faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Highlight of Event

Pengiktirafan Projek Khas (Mempercepat Transformasi Digital Dan Meningkatkan Kecekapan Perkhidmatan Audit Negara)

WhatsApp Image 2024 11 25 at 08.13.01 1 WhatsApp Image 2024 11 25 at 08.13.03 WhatsApp Image 2024 11 25 at 08.13.06 2 WhatsApp Image 2024 11 25 at 08.13.03 WhatsApp Image 2024 11 25 at 08.13.06

 

Seluruh warga Jabatan Audit Negara (JAN) mengucapkan kesyukuran atas penerimaan Sijil Penghargaan Projek Khas yang disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN) kepada Ketua Audit Negara, YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi dalam Majlis Penutup Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada hari Ahad, 24 November 2024.

Pengiktirafan ini diberikan kepada projek Mempercepat Transformasi Digital dan Meningkatkan Kecekapan Perkhidmatan Audit Negara, yang terdiri daripada Sistem eSelfAudit yang baharu diperkenalkan dan

Sistem AGD (Papan Pemuka Ketua Audit Negara). Kedua-dua sistem ini bukan sahaja memperkukuh sistem pengauditan negara tetapi juga berupaya menyumbang kepada peningkatan ketelusan dan kecekapan pengurusan kewangan kerajaan.

Sesungguhnya pengiktirafan ini mencerminkan komitmen JAN dalam mendukung agenda reformasi sektor perkhidmatan awam. Ia juga menjadi dorongan Jabatan untuk terus menyokong inisiatif reformasi yang mampu membawa impak positif kepada tadbir urus negara, sekaligus memperkukuh kepercayaan rakyat terhadap pengurusan kewangan dan perkhidmatan kerajaan.

  • Modified on: 25 Nov 2024
  • Print
  • 366